KUALA LUMPUR: Kes 43 rakyat Malaysia diperdaya sindiket Macau Scam dan diselamatkan polis Peru di La Molina, Lima, adalah yang pertama seumpama itu dikesan melibatkan pemerdagangan manusia rakyat negara ini di Amerika Selatan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Beliau berkata maklumat awal yang diperoleh mendapati kesemua mangsa terdiri daripada 17 lelaki dan 26 wanita berusia antara 20-an dan 30-an itu, diperdaya dengan tawaran pekerjaan di luar negara yang menjanjikan bayaran lumayan.
"Penipuan pekerjaan seperti ini bukan perkara baharu, namun ini kali pertama kita menghadapi mangsa yang diperdagangkan ke Amerika Selatan.
"Kita menunggu kepulangan kesemua mangsa...apabila sampai sahaja di sini, Bahagian D3 Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran akan buat temu bual untuk kenal pasti pengrekrut yang bawa 43 mangsa hingga ke Peru," katanya pada sidang media khas di Bukit Aman di sini hari ini.
Beliau berkata kesemua mereka yang meninggalkan Malaysia pada 29 Sept lepas, dipercayai menggunakan pasport secara sah selain membawa pakaian serta wang tunai dan polis akan membuat semakan dengan Imigresen bagi mengetahui sama ada pergerakan mereka dibuat secara individu atau berkumpulan.
Sabtu lepas, Kementerian Luar dalam satu kenyataan memaklumkan seramai 43 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penyeludupan manusia sindiket Macau Scam telah diselamatkan hasil serbuan polis Peru di sebuah rumah di La Molina, Lima.
Sementara itu, Razarudin berkata polis masih menunggu pemakluman daripada Polis Antarabangsa (Interpol) berhubung notis merah terhadap menantu bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yasin Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan.
"Permohonan itu telah dihantar ke Interpol Asia dan mereka masih lagi menunggu jawapan daripada ibu pejabat Interpol di Lyon, Perancis. Bagaimanapun, kami yakin notis merah itu akan dikeluarkan," katanya.
Selasa lepas, polis menyerahkan dokumen yang diperlukan untuk permohonan notis merah terhadap Muhammad Adlan dan peguamnya Mansoor Saat kepada Interpol.
Mengenai perhimpunan amal Palestin yang dirancang beberapa pihak termasuk parti politik sebagai tanda solidariti Malaysia di masjid terpilih di ibu negara Jumaat ini, Razarudin berkata pihaknya belum menerima sebarang pemakluman rasmi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 10 2023
Tan Sri Razarudin mendedahkan, kesemua mangsa diperdaya dengan tawaran pekerjaan di luar negara yang menjanjikan bayaran lumayan. - Bernama
Sultan Terengganu berkenan rasmi Hospital Sultan Zainal Abidin
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan Hospital Sultan Zainal Abidin bersempena dengan sambutan Hari Keputeraan baginda.
PRK KKB: 'Ketakutan' terhadap Pas punca PN gagal raih undi bukan Melayu - Penganalisis
PN perlu akur untuk membentuk sebuah kerajaan yang lebih harmoni, kemajmukan masyarakat di satu-satu lokaliti perlu diraih bagi memastikan kemenangan mutlak.
AWANI Ringkas: Asrama Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu terbakar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Atlet perlu berjiwa besar raih kejayaan di Paris - Hannah
Komitmen Lee Zi Jia yang meletakkan sasaran pingat emas di temasya Sukan Olimpik Paris perlu ada dalam jiwa setiap atlet negara lain yang layak.
136 orang dilaporkan maut dalam kejadian banjir di Brazil
Angka kematian dilaporkan meningkat kepada 136 orang dalam kejadian banjir Rio Grande do Sul, Brazil pada Sabtu.
Kejadian itu menyebabkan Penduduk sebuah bandar kecil di negeri Rio Grande do Sul, bergelut dengan kerosakan yang teruk selepas hujan lebat memusnahkan rumah dan jalanan mereka.
Kejadian itu menyebabkan Penduduk sebuah bandar kecil di negeri Rio Grande do Sul, bergelut dengan kerosakan yang teruk selepas hujan lebat memusnahkan rumah dan jalanan mereka.
12 maut di Indonesia akibat banjir kilat, aliran lava sejuk
Seramai 12 orang maut dan mayat mereka sudah dibawa ke hospital, manakala empat yang lain masih dicari di daerah Agam.
'Saya masih ada cuma…' - Sarimah Ibrahim akui tak pernah hilang dari industri seni
Sarimah berkata perubahan karier bermula selepas dia menerima tawaran menjadi penyampai radio untuk bahasa Inggeris menyebabkan dia tidak aktif dalam industri bahasa Melayu.
Angka kematian akibat banjir di Afghanistan meningkat
Kematian tersebut dilaporkan ketika pihak berkuasa negara itu mengisytiharkan darurat dan bergegas menyelamatkan mangsa-mangsa yang cedera.
Asrama Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu terbakar, 10 pelajar nyaris maut
Sepuluh pelajar lelaki Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu di sini nyaris maut selepas asrama didiami mereka terlibat dalam kebakaran awal pagi Ahad.
Disiplin anak-anak jadi jadi cabaran utama kepada golongan ibu
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri memberitahu, masalah disiplin remaja merupakan antara tiga cabaran utama dihadapi golongan ibu ketika ini.
Kes seludup 43 rakyat Malaysia, pertama kali berlaku di Amerika Selatan - KPN
Kesemua mangsa diperdaya dengan tawaran pekerjaan di luar negara yang menjanjikan bayaran lumayan.